Isnin, Julai 12, 2021

Cara Mohon Moratorium Pinjaman 2021 - Maybank, CIMB, Ambank, Bank Rakyat & Lain-lain.


Permohonan 
Moratorium bagi pakej pemulih mula dibuka pada 7 Julai 2021

Klik bank di mana anda membuat pinjaman :

Ahad, Jun 27, 2021

PKP penuh diteruskan hingga kes harian bawah 4,000, kata PM.


PETALING JAYA: Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin mengumumkan perintah kawalan pergerakan (PKP) penuh atau “total lockdown” akan diteruskan sehingga jangkitan harian di bawah 4,000 kes.

Muhyiddin dipetik Bernama sebagai berkata, PKP penuh tidak akan berakhir esok dan fasa pertama Pelan Pemulihan Negara akan diteruskan.

PKP penuh sepatutnya berakhir esok, selepas dilanjutkan dua minggu sejak dimulakan 1 Jun lalu.

Susulan lanjutan “lockdown” yang tidak tahu sehingga bila itu, Muhyiddin berkata, Putrajaya akan mengumumkan lebih banyak bantuan, sama ada esok atau Selasa ini.

Katanya, langkah bantuan itu akan ditujukan kepada semua kumpulan masyarakat.

Pada 31 Mei lalu, Muhyiddin mengumumkan pakej bantuan PEMERKASA Tambahan berjumlah RM40 bilion, termasuk RM5 bilion dalam bentuk suntikan fiskal langsung.

Tetapi, ramai mengkritik pakej bantuan itu tidak mencukupi untuk membantu rakyat dan perniagaan ketika PKP penuh.

Ia disusuli pengumuman oleh Muhyiddin mengenai Pelan Pemulihan Negara yang terdiri daripada empat fasa.

Katanya, kerajaan akan menimbangkan peralihan daripada Fasa I ke Fasa II apabila purata kes harian berkurangan sehingga ke bawah 4,000 kes, sistem kesihatan awam tidak lagi di tahap kritikal dan 10% penduduk lengkap dua dos vaksin.

Negara akan beralih ke Fasa III jika purata kes harian turun ke bawah 2,000 kes, sistem kesihatan awam di tahap selesa dengan kadar penggunaan katil ICU di paras mencukupi dan 40% penduduk lengkap dua dos vaksin.

Manakala semua sektor akan dibenarkan dibuka di bawah Fasa IV apabila purata kes harian Covid-19 berkurangan kepada 500 kes ke bawah dan 60% penduduk lengkap dos suntikan vaksin.

Jumlah jangkitan harian Covid-19 terus kekal sekitar 5,000 ke sejak seminggu lalu.

Selasa, Mei 12, 2020

Kerajaan PH Kedah Tumbang – Muhammad Sanusi

ALOR SETAR: Terkini!, seramai 23 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedah dikatakan telah hilang keyakinan kepada Menteri Besarnya, Dato’ Seri Mukhriz Tun Mahathir sekaligus kerajaan Pakatan Harapan hilang majoriti memerintah negeri.

Perkara ini diumumkan Ketua Pembangkang DUN Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor dalam sidang media di Kompleks PAS Kedah di sini sebentar tadi.
“Sukacita maklumkan hari ini 12 Mei, seramai 23 ADUN Kedah telah hilang kepercayaan kepada Dato’ Seri Mukhriz Mahathir selaku MB Kedah,” katanya yang juga ADUN Jeneri.
Kesemua 23 ADUN itu termasuklah 15 ADUN PAS, 2 ADUN BN, 2 bekas ADUN PKR serta 4 ADUN Bersatu.
Berikutan itu kata beliau, kerajaan PH Kedah telah hilang kelayakan memerintah.
“Atas kesepakatan bersama 19 daripada 23 ADUN ini telah setuju bentuk kerajaan Perikatan Nasional di Kedah,” ujarnya.
Beliau memaklumkan Presiden bagi parti komponen PN di persekutuan akan kemuka calon MB yang baharu kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, dan berikutnya nama yang diterima itu akan dipersembahkan kepada Sultan Kedah.
“Saya dimaklumkan sidang media berasingan 4 ADUN Bersatu akan dibuat nanti sebab mereka sedang kumpul ketua ketua bahagian,” katanya lagi.