Khamis, November 24, 2016

YB Khalid Samad Diserang Di Perkarangan Bangunan Parlimen!!



YB Khalid Samad Ahli Parlimen Shah Alam telah diserang oleh beberapa orang individu pada hari terakhir sidang Dewan Rakyat di perkarangan bangunan Parlimen sambil mereka menghamburkan kata-kata makian.

YB Khalid Samad yang ketika itu sedang melangkah keluar dari kenderaan yang dinaikinya telah diserang dan didesak kumpulan berkenaan untuk memohon maaf daripada YB Dato' Sri Tajuddin Abdul Rahman, Ahli Parlimen Pasir Salak yang juga merupakan Timbalan Menteri Pertanian, Industri & Asas Tani berikutan satu insiden sebelum ini.

Pihak keselamatan dilaporkan dapat mengawal keadaan yang dicetuskan kumpulan berkenaan terdiri daripada beberapa lelaki dan wanita .

Mengulas insiden serangan tersebut, Khalid mengucapkan penghargaan terima kasih kepada pihak keselamatan kerana berjaya mengawal keadaan sehingga beliau selamat memasuki bangunan Parlimen.
Rakaman insiden tersebut boleh ditonton melalui sisipan video artikel ini atau melalui Saluran Youtube SPdotCom. Sila klik atau sentuh SPdotCom untuk mengikuti perkembangan isu-isu semasa yang lain.





0 Komen: