Khamis, Ogos 30, 2018

DS Najib Dijangka Memberi Keterangan Sekali Lagi Hari Ini.

                                               Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak

Datuk Seri Najib Razak dijangka akan hadir sekali lagi untuk memberi keterangan kepada polis hari ini.

Menurut sumber, bekas Presiden Umno itu akan hadir memberi keterangan di Menara 238 di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. 

Memetik laporan Malaysiakini, DS Najib pada 27 Ogos lalu memberikan keterangan kepada Polis Diraja Malaysia mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (Amla) 2001.

Beliau menghabiskan masa kira-kira sejam memberikan keterangan kepada pihak berkenaan.

Sementara itu menurut satu sumber, pada Isnin lalu polis menyoal siasat ketua Umno Pekan berhubung sejumlah transaksi kewangan melibatkannya. 

Awal bulan ini DS Najib didakwa atas tiga tuduhan mengubah wang haram mengikut Amla 2001, selain empat tuduhan pindaan lain berkaitan dana berjumlah RM42 juta dari bekas anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd, yang ditemui dalam akaun persendirian beliau.

0 Komen: