Ahad, November 13, 2016

BAJET NEGERI KEDAH 2017



ALOR SETAR: Menteri Besar DS Ahmad Bashah Md Hanipah membentangkan Bajet Negeri kedah 2017 berjumlah RM1.06 billion dengan defisit RM75.5 juta berbanding anggaran kutipan hasil sebanyak RM734.7 juta.

Bajet yang bertemakan 'Muafakat Memacu Ekonomi, Menggilap Potensi Negeri' yang dibentangkan itu memperuntukan RM810.1 juta sebagai perbelanjaan mengurus dan RM256.4 juta perbelanjaan pembangunan. 

Berbeza dengan Bajet 2016 yang mencatatkan defisit sebanyak 14.9 peratus dengan jumlah RM107.8 juta manakala defisit untuk Bajet 2017 berkurangan sebanyak 4.63 peratus.

Perbelanjaan pembangunan 2017 disasarkan bagi mengisi keperluan sebenar masyarakat B-40 dan sasaran perbelanjaan dijangka dapat dicapai sekurang-kurangnya 90 peratus daripada keseluruhan anggaran untuk 2017," katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri.

Bajet yang berpaksikan empat strategi utama iaitu meningkatkan perolehan dan perbelanjaan hasil secara cekap serta berhemah, menambah nilai selain meneroka potensi ekonomi baru, mencergaskan aktiviti ekonomi rakyat dan menangani isu kebajikan rakyat berbilang kaum melalui langkah yang betul.

0 Komen: