Isnin, November 07, 2016

Fakta Tentang Merkuri Yang Perlu Diketahui

Merkuri - Gambar Hiasan
INFO MERKURI
Raksa atau merkuri adalah antara unsur kimia. Nombor atom raksa ialah 80 dan simbolnya dalam jadual berkala adalah 'Hg' (dari Hydrargyrum). Merkuri merupakan satu-satunya logam cair pada suhu bilik.
Kegunaan utama merkuri ialah dalam termometer, barometer dan alat saintifik lain.

CIRI-CIRI
Merkuri secara relatifnya adalah pengalir haba yang buruk tetapi pengalir elektrik yang baik. Ia boleh membentuk aloi dengan kebanyakan logam biasa seperti emas, aluminium dan perak tetapi tidak besi. Aloi merkuri dipanggil amalgam.

KESAN MERKURI TERHADAP KESIHATAN DAN PERSEKITARAN
Raksa adalah bahan yang amat beracun dan digunakan sebagai penyukat dalam jangka suhu boleh menyebabkan kerosakan otak dan hati jika dimakan, disentuh atau dihidu melalui makanan atau minuman yang tercemar bahan merkuri. Merkuri metalik boleh memasuki tubuh manusia melalui saluran pernafasan. Salah satu contoh termometer merkuri yang pecah atau rosak akan menyebabkan sebahagian daripada merkuri mengewap ke udara. Raksa sering digunakan dalam perlombongan emas yang menyebabkan pencemaran air.

Merkuri kekal digunakan dalam pelbagai cara lain seperti dalam penggunaan dan penyelidikan saintifik serta sebagai bahan amalgam bagi pemulihan gigi. Bahan merkuri merupakan bahan yang berbahaya bagi persekitaran dan manusia. Merkuri adalah logam berat yang dapat menjadi pencetus beberapa penyakit berbahaya dan merkuri boleh masuk ke dalam tubuh dan tersimpan dalam aliran darah.

CARA MENGURUSKAN JIKA MERKURI PECAH
Banyakkan berkumur dan periksa mulut sekiranya ada luka di mulut atau badan dan perlu pemeriksaan ke hospital atau klinik Buka tingkap dan pintu rumah. Tutup pendingin hawa atau kipas. 

Jangan vacum tumpahan merkuri kerana haba sedutan ‘vacum’ menyebabkan merkuri lebih mudah meruap.

Gunakan sarung tangan untuk mengutip merkuri. Lakukan secara perlahan-lahan kerana merkuri akan pecah jika disentuh. Letak dalam beg kertas atau plastik dan tanamkan merupakan cara membuang bahan tersebut dengan lebih selamat.

Pantau kesihatan dalam masa dua minggu. Sekiranya ada ciri-ciri mual, muntah, demam atau lemah -lemah tubuh badan terutamanya bahagian kaki dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan serta pemeriksaan di klinik atau hospital terdekat.

0 Komen: