Sabtu, November 12, 2016

TUN M DAPAT LEBIH 590 RIBU UNDI DALAM "UNDIAN ATAS TALIAN" ATAU "ONLINE VOTE"


Sebuah page 'Jom Stream' telah menjalankan undian Online atau Atas Talian diantara Perdana Menteri Najib Razak dan Mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad selama 3 jam bagi melihat sokongan rakyat Malaysia berpihak kepada siapa.


Jumlah undian yang diperolehi Tun Mahathir dilihat amat ketara berbanding jumlah undian yang diperolehi oleh Perdana Menteri Najib Razak. Pada pertengahan undian dijalankan Tun Mahathir memperolehi 6 angka undi manakala Perdana Menteri Najib Razak hanya memperolehi sekitar belasan ribu undi.

Tun Mahathir ternyata masih lagi diterima rakyat Malaysia setelah undian ditutup pada pukul 9.00 malam tadi. Tun Mahathir telah mendapat 6 angka undian iaitu lebih 590 ribu undian manakala Perdana Menteri Najib Razak yang terpalit dengan pelbagai isu negara hanya mendapat lebih kurang 20 ribu undian. 

Hasil pemerhatian kebanyakan yang mengundi Tun Mahathir adalah dari pelbagai bangsa dan Najib dilihat mendapat undi mungkin hanya dari ahli-ahli Umno tegar. 

0 Komen: