Tahukah anda mesin basuh juga perlu dicuci bagi menjamin keberkesanannya ? Mesin basuh yang tidak dicuci akan menyebabkan kerosakan, sekali gus baju anda akan berbau selepas dibasuh atau ditinggalkan semalaman serta terdapat kotoran seperti kertas atau tisu yang dicarik-carik melekat pada baju selepas dibasuh.
Tips atau Langkah Mencuci Mesin Basuh :
1. Cabut penapis di dalam tangki dan cuci sebersih mungkin, kemudian pasang semula.
2. Paras air anda hendaklah pada tahap maksima dan pilih mod 'TUB CLEANING'. Jika tiada mod ini, pilih mod 'SOAK' atau yang penting, pastikan pilih cycle 'WASH' sahaja.
Jangan letak apa-apa pakaian di dalam mesin basuh semasa proses mencuci mesin dijalankan.
3. Masukkan bahan pencuci bersesuaian apabila paras air sudah 1/3 penuh. Pastikan bahan pencuci mengandungi:
i. 300 gm Sodium Percarbonate atau Sodium Carbonate atau;
ii. 300 gm Sodium Borate (Borax) atau;
iii. 300 gm Jenama Calgon, Cosway atau Oxy atau;
iv. 140 gm Soda dicampur dengan 750 ml cuka putih yang telah dicampur di dalam bekas lain terlebih dahulu atau;
v. Campurkan pencuci jenama Zip Active Formula dengan 300 gm Bicarbonate sebelum dimasukkan ke dalam mesin atau;
Jika malas atau ketiadaan bahan di atas, anda tidak perlu letak apa-apa bahan tetapi keberkesanan tidak terjamin.
4. Jika anda memilih mod TUB CLEANING atau SOAK, proses mencuci mesin selesai selepas program cucian telah siap. Manakala, jika anda hanya memilih WASH sahaja selama 3 minit, anda perlu biarkan mesin terendam selama sejam.
Selepas sejam, pilih mod
1. WASH 8 minit
2. RINSE 2 kali
3. Spin 1 minit
Pastikan tiada keladak yang tinggal di dasar tangki. Jika masih ada, cuci penapis dan ulang semula langkah membasuh, bilas dan keringkan sehingga tiada kesan keladak yang tertinggal.
Jika anda tidak yakin dengan bahan cucian, carilah bahan khas untuk mencuci mesin basuh di pasaraya terdekat.
0 Komen:
Catat Ulasan