Pelakon Aidil Aziz yang ditahan pihak polis atas dakwaan mengedar dadah jenis ganja seberat hampir 500 gram dan memiliki senjata berbahaya telah dibebaskan dengan ikat jamin berjumlah RM4,000.
Pembebasan tersebut disahkan sendiri oleh pengurusnya yang dikenali sebagai Kam menerusi akaun Instagram miliknya.
Dikhabarkan semua pertuduhan terhadap Aidil ditarik balik dan pelakon tersebut di bawah pengawasan polis selama dua tahun dan Aidil telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang berada di dalam tahanan.
Aidil ditahan bersama dua orang rakannya, Omar Sayeed Ghulam Mohammad, dan R. Guevara di sebuah kediaman di Jalan Ampang.
Kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.
Sumber : Astro Gempak
0 Komen:
Catat Ulasan