Ini adalah kali pertama aku menulis di laman blog. Aku belum pernah menulis atau mengarang di mana-mana penerbitan seperti surat khabar atau majalah apatah lagi menulis di laman blog atau alam siber. Nak kata pandai mengarang atau menulis, rasanya tidak.
Bakat sebagai penulis pun tak ada. Tapi bila memikirkan ada kemudahan untuk digunakan lebih baik digunakan. Selain melayari internet, mencari segala macam maklumat, membaca beraneka artikel serta berbual dengan kawan yang bekerja di luar negeri melalui YM, maklumlah panggilan percuma. Betapa canggih kehidupan sekarang, cuma kita saja yang kadang-kadang tidak tahu atau tidak mahu menggunakan kemudahan yang ada.
Sejak kebelakangan ini aku terjurus membaca blogs yang berhubungkait dengan politik semasa. Berbagai cerita timbul, itu dan ini. Tapi sekurang-kurangnya dapat juga maklumat, samada tepat atau tidak bergantung pada yang membaca untuk menilai.
Setiap pagi, rutin aku melayari laman akhbar online, sebelah malam melayari blogs, membaca dan membalas email sambil berbual dgn rakan. Sekarang dah ada minat baru, menulis. Minat ada tapi idea tak ada.
Kepada rakan-rakan yang mengenali atau tidak dikenali dan ada idea, sila lah sumbangkan apa yang patut.
Sebarang komen atau pendapat dialu-alukan.
terima kasih.
0 Komen:
Catat Ulasan