Khamis, Julai 01, 2010

Kekalutan UMNO Bahagian Sungai Petani.

Sejak akhir-akhir ini timbul pelbagai cerita aneh tentang UMNO Sungai Petani. Kekalutan ini timbul hasil dari rasa tidak puas hati dan perasaan benci yang amat sangat di kalagan ahli-ahli peringkat akar umbi, "ketua-ketua puak" dan "ketua-ketua kaum" yang terdapat dalam UMNO Bahagian Sungai Petani serta pemimpin-pemimpin dan AJK peringkat bahagian terhadap Ketua Bahagian Sungai Petani sekarang iaitu Ali bin Yahaya.
Anehnya, semua "ketua-ketua puak" dan "ketua-ketua kaum" serta pemimpin-pemimpin peringkat bahagian yang wujud dalam Bahagian Sungai Petani sebelum ini tidak pernah bersatu hati dan sering bertelagah sesama sendiri, tapi kini mereka semua telah duduk semeja dan telah bersetuju sebulat suara untuk mempertahankan keutuhan parti UMNO bahagian Sungai Petani dan bersepakat untuk menyingkirkan Ali bin Yahaya dari tampuk pemerintahan Bahagian Sungai Petani. Tindakan yang bakal dilaksanakan kelak khabarnya telah dipersetujui dan direstui lebih dari 2/3 para pemimpin akar umbi dan dengan sokongan padu dari ahli-ahli akar umbi yang berada dalam Bhagian Sungai petani.

Sungai Petani kini yang diketuai oleh Ali bin Yahaya dan konco-konconya telah menimbulkan rasa benci yang amat sangat dikalangan ahli-ahli, "ketua-ketua puak" serta "ketua-ketua kaum" dan para pemimpin peringkat bahagian. Mereka telah muak dengan cara kepimpinan Ali yang terkenal dengan sikap sombong dan bongkak serta tidak pernah melakukan sebarang aktiviti yang boleh memberi faedah samada kepada UMNO Bahagian Sungai Petani atau kepada ahli-ahli khususnya dan penyokong-penyokong UMNO amnya. Ali dan konco-konconya tidak pernah mengambil apa-apa langkah untuk menyelesaikan isu-isu yang bersangkaut-paut dengan orang ramai atau ahli-ahli UMNO. Ali dan konco-konconya juga tidak pernah perihatin dengan masalah-masalah yang dihadapi  oleh orang ramai atau ahli-ahli UMNO sendiri. Akibatnya kini ditanggung oleh ahli-ahli yang berada diperingkat akar umbi serta pengundi-pengundi yang berada dalam Parlimen Sungai Petani. Sebagai contoh, projek-projek perumahan untuk rakyat-rakyat miskin yang banyak dimonopoli oleh Ali dan konco-konconya menjadi lintang-pukang, rumah yang dibina ibarat melepaskan batuk di tangga dan dikhabarkan ada rumah-rumah yang tidak siap. Akibatnya kini ditanggung oleh rakyat yang amat memerlukan rumah untuk dihuni dan berteduh.

Ura-ura yang sedang hangat diperkatakan sekarang, wujudnya pakatan dikalangan"ketua-ketua puak" dan "ketua-ketua kaum" serta para pemimpin peringkat bahagian dengan restu dari kebyakan ahli-ahli peringkat akar umbi untuk mengadakan usul tidak percaya terhadap Ali. Semua ini tercetus atas sikap Ali Yahaya sendiri yang sombong dan bongkak. Ali Yahaya adalah bekas setiausaha politik MB Kedah yang kalah teruk dalam PRU yang lepas, namun sikap sombong dan bongkaknya makin menjadi-jadi selepas ditabalkan menjadi Ketua UMNO Bahagian Sungai Petani. Sungai Petani adalah satu bahagian yang terletak di dalam kawasan bandar.......apakah pemimpin seperti ini yang perlu ditatang oleh UMNO untuk mengambil alih kuasa yang terlepas kepada PR pada PRU yang lalu......Fikirkan...

 Tahniah kepada "ketua-ketua puak" serta "ketua-ketua kaum" yang diterajui oleh Encik Bakar Ahmad dan mantan Setiausaha Bahagian yang lalu Encik Mat Akhir Safie...yang satu masa dulu merupakan musuh ketat politik....tapi kini demin melihat parti keramat UMNO terus kekal utuh di Bahagian Sungai Petani, mereka sanggup melupakan perkara yang lama demi mengingkirkan Ali Yahaya supaya UMNO Sungai Petani tidak mati ditangannya..

Tahniah kepada Puan Shahnim Yusof yang berjaya membuat usul tidak percaya terhadap Ali dalam perhimpunan PUTERI yang lalu...tahniahhhhh kerana  menjadi pemimpin yang berhati waja dan berani.. Semoga Sungai Petani bumi bertuah ini terlepas dari cengkaman orang yang baru setahun jagung tapi sombong dan bongkak...aminnnn

0 Komen: